Pengurusan Pelajar Pulang

Tentang Kami

Pengurusan Pelajar Pulang (PPP) merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2022/2023. Inisiatif ini diwujudkan bagi memberi perkhidmatan kepada pelajar Kolej Vokasional Kuala Selangor dalam menangani masalah kekurangan mod pengangkutan ketika pulang bermalam.

PPP diurus selia oleh MPP secara keseluruhan nya dengan sokongan Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Khidmat bas transit di bawah PPP adalah perkhidmatan pengangkutan sehala (Kolej Vokasional Kuala Selangor ke MRT/KTM Sungai Buloh) tanpa henti.

Bas ini disediakan melalui permintaan pelajar kolej kediaman.

Stesen Perhentian PPP

Stesen akhir bagi perkhidmatan bas transit PPP adalah Stesen MRT/KTM Sungai Buloh. Pada masa ini, hanya perhentian Stesen MRT/KTM Sungai Buloh sahaja yang menjadi laluan utama.

Stesen MRT/KTM Sungai Buloh merupakan perhentian yang strategik kerana menghubungkan beberapa laluan/mod pengangkutan lain bagi pelajar. Antara mod pengangkutan yang berkaitan adalah KTM Komuter (Perlabuhan Klang – Tanjung Malim) , KTM ETS (KL Sentral – Padang Besar), MRT Laluan Kajang (stesen pertukaran di Stesen Kwasa Damansara), dan MRT Laluan Putrajaya (stesen pertukaran di Stesen Kwasa Damansara).

Adakah program PPP akan menambah laluan baru?

PPP adalah inisiatif pelajar kepada pelajar (kerjasama MPP dan HEP). Penambahan laluan adalah tidak mustahil mengikut kepada keperluan semasa. Untuk sebarang cadangan, sila salurkan ke Exco Kebajikan dan Perhubungan Pelajar atau melalui e-Aduan MPP.